Sunday, October 15, 2017

Drama hidup

Bismillah

Telah menjadi suatu diary di mana segala benda dibuka dan diceritakan secara umum.  Tak mintak pon sesiapa pun bagi respond apa-apa tapi cukuplah sekadar membaca dan mengambil iktibar.

Menjadi seorang sahabat itu sukar andai kata mulalah timbul rasa tak puas hati dan dengki. Semuanya boleh hancur, paling perit bila mula menegur dengan cara yang salah. Di'muntah'kan rasa benci dan menyampah sekali tatkala ingin memberi peringatan. Yang menusuk bukan isi nasihat tapi caci perli. Mulut boleh menjadi bisa dengan libasan aksara yang sangat tajam dan pedih.

Sekarang baru tiba masa untuk aku belajar bahawa hidup ini makin lama, manusia bila dewasa makin pelik dan yang disangka selama ini boleh jadi sesuci embun kini macam awam hitam mendung.

Macam ini ke perasaan bila jadi dewasa? betul ke apa yang selama ini drama yang dilayarkan kat tv itu semua mungkin lakonan pada mereka tapi tak mustahil adaptasi kisah manusia yang sebenar. Sungguh kann... kisah diorang jauh lagi perit tapi tak seindah hidup ini. Mungkinlah dalam drama pengarah dan penulis skrip yang cipta tapi bukan kehidupan realiti sebenar.

Nak bandingkan atau teringin nak hidup dalam khayalan skrip manusia? heh.. berangan je lah.  Sbenarnya hidup lagi banyak plot twist yang tak sampai jangkauan manusia untuk fikir.  Selama yang hidup berbelas berpuluh tahun pun tak cukup untuk dirakam dan ditayangkan dalam satu video kepada semua. Sebab semua ada kisah sendiri.

Menjadi wira dan wirawati dalam hidup sendiri. Tayangan drama hanyalah nak bagi mereka ini sentiasa fikiran konon positif dan nak hadirkan erti sebuah harapan dalam hidup.

Saturday, August 13, 2016

Tikam belakang

Bismillah.

Maaf andai ada yang terasa dengan diri ini.  Aku daa puas dan penat jaga hati orang lain. Tak sangka kena pijak pijak jer.  Ya Allah perit nye tuu Allah jer yang faham.  Aku malas nak luah kat orang lain even dengan bestfriend sendiri.

Aku sedih gile laa. Ada lak yang 'sudi' buka kisah aku untuk dapatkan perhatian lebih dari kengkawan yang lain.  Lepastu kau acah taktau.  Siap suruh orang lain rahsiakan.  Padahal kalau kau rasa benda tuu 'takkan' sakitkan hati aku. Kau berani lah nak bagitau aku depan depan.

Aku daa bagitau jangan cakap dengan orang lain pasal tuu.  Sebab aku tahu orang tuu akan terasa hati ngan aku. TUP TUP dua minggu aku takde, terus dia tahu.  Dan dia tetiba berubah hati dengan aku.

Aku boleh pura pura tak perasan tapi bila aku tahu punca dia adalah kau.  Aku sedih sangat. Hati aku ini macam daa ranap.  Jadi selama ni kau selalu laa buka citer aku. Aku percaya kau gile gile,

Kau ingat kau nangis nangis nak mintak simpati kawan lain , aku boleh berubah hati. Kau still taknak face to face dengan aku pasal tuuu.  Aku tak bagitau pun sebab apa aku emo tapi gaya kau, aku thu kau sedar punca aku cenni sebab kau sendiri.

Aku tengok member lain chill jer ngan aku sebab aku tahu diorang pun hairan kenapa aku macam tuu.
Aku menangis.
Rutin harian aku, tatap wajah sahabat abadi aku yang tak pernah bosan dengan aku.
Al-quran buat aku selalu ingat Allah. BIla aku baca dan alunkan ayat sucinya.  Menitis airmata aku. Seolah olah 'si dia' memahami aku.

Aku give up. Pandang kau pun aku rasa lain macam.  Aku boleh gelak. tapi aku still takleh move on dengan apa kau buat.  Aku cuba untuk REDHA tapi aku rasa more to PASRAH :((

Sunday, March 13, 2016

Emo xD

Bismillah

Rasanya saya boleh gunakan teori saya sendiri iaitu 
life is like a game

Kita ada limit untuk gembira, sedih, lapar dan bertenaga.

Semua benda itu ada bar dia tersendiri xD

Percayalah bila kita sedang bergembira dan aktif.  Keesokan harinya semua bar akan berkurang dan bersilih ganti dengan sedih dan lemah.  Sebab? kita dah puas gembira. Bar sedih masih belum kita guna.  So waktu tu lah hari untuk kita sedih, emo, lemah tak bertenaga kan??
-HHAHAH

its just a joke. No offense

Cuma terfikir jer, macam biasa selalu bermonolog :)

Okey hari ini adalah hari bar SEDIH dan EMO saya yay haaa :'D 

Saturday, February 27, 2016

Pakaian hiasan diri

Allahu akhbar~

Hati ini cair jer tengok perempuan yang mengenakan pakaian yang labuh, longgar tapi trendy

dan yeahh~
aku juga ada impian nak ada closet semua pakaian muslimah
ada skirt labuh, tudung labuh, baju labuh dan longgar hahahha

Zaman ini adalah zaman di mana macam-macam lahai fesyen
Tapi aku.. aku tetap minat apa yang dipakai oleh wanita sebenar
Nampak selesa jer

Tapi maklumlah, ikut hati aku beli jer bebanyak tapi takpe sekarang ini aku tahan dulu.  Takkan nak guna duit mama kan :'D Tunggu aku daa ada karier aku sendiri.  Waktu tu korang akan jumpa syaf yang baru.  Aku akan buktikan pakaian yang labuh tak semestinya nak kena gelaran warak tapi itu adalah salah satu asas penting menjadi seorang wanita yang sebenar

dan sebaik-baik perhiasan

wait and see xD

Friday, February 26, 2016

Materialistic

terima kasih sangat pada seseorang ini yang menjadi peyunting semangat aku untuk fikir pasal depan aku.  Aku hargai sangat :)

Aku terharu bila kau caring pasal masa depan aku
Aku taktau nak cakap apa.
Aku taknak terlalu beri harapan untuk kau.  Walaupun aku sedar aku makin rasa taknak kehilangan kau tapi aku biar kan kau teruskan hidup kau

Aku seorang yang susah nak percaya lelaki tapi aku sekarang keliru dengan pendirian kau dengan cara kau sekarang.  Kau serius ke dengan aku atau kau sekadar hadir dalam hidup aku untuk hanya bagi kata-kata semangat.

Aku pun sekarang taknak fikir pasal semua 'benda tu' sebab aku taknak diri aku bergantung harap dengan kau.  hahahah jadah cam jiwang tapi betul laa.. aku siyes takde memain nie. Pape hal aku harap aku jumpa yang terbaik buat diri ku.

Bukan sempurna tapi sama-sama berusaha bangkit

Aku baru kali pertama jumpa dengan kawan yang sangat materialistic yang pandang dengan kekayaan.  Bagi aku, kekayaan itu tak penting sebab itu semua harta family bukan harta kau.  Kalau ye kau ada harta sendiri atas titik peluh sendiri.  Itu baru betul kau kaya.  Kalau tak pun, aku tak kisah sebab aku tak pandang pun semua itu sebab aku sendiri nak ada harta sendiri untuk mama dan adik-adik aku



dan kalau aku daa menjadi 'side kick seseorang' maka jangan takut nak mencuba dan bangkit dari bawah dengan aku.  Ntah laa, mesej yang nak aku sampai ni pun bukan untuk siapa-siapa.  Ini cuma sedikit pengkongsian pasal apa yang aku fikir HAHAHHA

sekian :')

Future to catch (mama)

Assalamualaikum sahabat

Macam kebiasaan aku akan berfikir sambil mengarang dalam fikiran aku :)
Hari ini hampir setengah hari aku memikirkan masa depan aku

Bukan nak kata baru sekarang aku nak fikir pasal masa depan
Tapi ini adalah asbab UNTUK MAMA AKU :')
Impian mama aku juga adalah salah satu goals hidup aku

Kisah yang paling aku ingati sampai bebila

"uishh kat shopping mall ini untuk SWAP GUY jer"
"umm..takpe laa kita bukan mampu pun hahah"
"itu lah kan, tengok jer lah mampu xD"

hati aku jadi sayu

"mama, nanti kalau akak insyaAllah da berjaya. Mana tau daa mampu ada duit berlambak sendiri.  Kakak nak mama mesti wajib ada satu kad kredit bank mama.  Jadi mama boleh jadi cam diorang.  Tapi jangan laa nak bawak pergi luar negara, beli merepek-merepek hahhaha"

"Haaa bagus gak tuu.  Nanti mama bole lah shooping. Beli kereta ke :P "
"Aiii~ takmo laa beli kereta.  Kang cepat laa abis duitnyaa. hahahha"
"hahhaha"

Hanya Allah jer tahu perasaan aku waktu tu
Kata-kata aku mungkin kelihatan seperti bergurau bagi mama hee :')

Mama.
Mama dah banyak berkorban untuk kitaorang
Mama dah banyak bersabar dengan hidup ini
Mama dah banyak harungi macam-macam cabaran
Mama dah banyak menangis untuk kitaorang anak mama
Mama.  Walau macamana pun mama nak cover kesedihan mama.
Mama kena tahu kakak tahu setiap apa yang terukir disebalik senyum mama

Bukan aku kata senyum mama nampak tawar
Tapi mama senyum manis jer, memang bijak mama sorokkan realiti sebenar

Mama,
Mama tak pernah sedar selama aku hidup dan membesar di samping mama
Aku sedar dan perasan setiap rasa duka dan ujian hidup mama
Aku bukan sekadar budak biasa yang hanya pandang dengan pandangan kosong

TAPI
aku memerhati dan fikiran ku mengarang dalam diary hidup aku sebagai anak sulung mama :')

Allahu Akhbar memang hebat mama ni sebenarnya :'D

Aku doakan mama sentiasa senyum dan insyaAllah juga aku berusaha untuk kesenangan mama.
Ya Allah beri aku peluang untuk membasuh segala kesedihan mama.  Beri aku peluang untuk membahagiakan mama.  Temukan aku dengan kejayaan dunia dan akhirat.  Jadikan aku setabah mamaku. Allah humma zuqni.. Allah humma zuqnaa :))

Monday, February 8, 2016

Video dakwah?

Assalamualaikum semua

okey nhe daa dok seharian tengok youtube
hahahah

okey gini
bila aku survey video dakwah
aku tertarik dengan cara diorang sampai
aku sendiri ter'inspirasi' nak buat

kalau aku buat okey tak?
jangan terkejut kang tertiba muncul muka aku kat youtube

HAHHAHAH

takde laa nak bangga sangat
tapi untuk aku berkongsi ilmu, pengalaman kan?
tak salah ke erk?

yela bila difikirkan
ia mungkin akan manarik para ajnabi untuk melihat T_T
tapi niat untuk Allah tuu penting

insyaAllah bawa manfaat

nantikan jer laa keberkesanan nak buat tuu xD