Bismillah
Telah menjadi suatu diary di mana segala benda dibuka dan diceritakan secara umum. Tak mintak pon sesiapa pun bagi respond apa-apa tapi cukuplah sekadar membaca dan mengambil iktibar.
Menjadi seorang sahabat itu sukar andai kata mulalah timbul rasa tak puas hati dan dengki. Semuanya boleh hancur, paling perit bila mula menegur dengan cara yang salah. Di'muntah'kan rasa benci dan menyampah sekali tatkala ingin memberi peringatan. Yang menusuk bukan isi nasihat tapi caci perli. Mulut boleh menjadi bisa dengan libasan aksara yang sangat tajam dan pedih.
Sekarang baru tiba masa untuk aku belajar bahawa hidup ini makin lama, manusia bila dewasa makin pelik dan yang disangka selama ini boleh jadi sesuci embun kini macam awam hitam mendung.
Macam ini ke perasaan bila jadi dewasa? betul ke apa yang selama ini drama yang dilayarkan kat tv itu semua mungkin lakonan pada mereka tapi tak mustahil adaptasi kisah manusia yang sebenar. Sungguh kann... kisah diorang jauh lagi perit tapi tak seindah hidup ini. Mungkinlah dalam drama pengarah dan penulis skrip yang cipta tapi bukan kehidupan realiti sebenar.
Nak bandingkan atau teringin nak hidup dalam khayalan skrip manusia? heh.. berangan je lah. Sbenarnya hidup lagi banyak plot twist yang tak sampai jangkauan manusia untuk fikir. Selama yang hidup berbelas berpuluh tahun pun tak cukup untuk dirakam dan ditayangkan dalam satu video kepada semua. Sebab semua ada kisah sendiri.
Menjadi wira dan wirawati dalam hidup sendiri. Tayangan drama hanyalah nak bagi mereka ini sentiasa fikiran konon positif dan nak hadirkan erti sebuah harapan dalam hidup.