Sunday, February 7, 2016

Rasa KOSONG

Assalamualaikum kengkawan.

Hari nhe dapat ilham nak menulis lagi
Hari nhe nak try pakai ayat puitis laa plak xD
bersesuaian dengan topik
HAHAHAH

*monolog *

Hujan renyai-renyai bertemankan angin bayu yang bertiup lembut sambil menyapa langsir bilikku.  Syukurnya ya Allah terima kasih sangat 'hadiahkan' aku petang yang nyaman. Takde la aku macam cacing kepanasan.

Tangan mencapai telefon pintar yang baru baik dari 'demam'

Pergh tadi bukan main bergayut dengan sahabat lama dari sabah
Sejam lebih jugak laa.  Terdetik di hati.  Macamana remaja kini yang masih berkhayal dengan cinta tak semena boleh bertahan dengan 'panasnya cuping telinga' ditambah dengan 'panasnya malaikat sekeliling mancatat laju dosa yang leka dibuat'. Dasyat betul~

Sebab rasa 'respect' yang tinggi dengan member lama
Aku pun layankan aje bicara si gadis

Aku mengusap lembut telefonku untuk memastikan keadaannya
Lalu aku membuka laman sosial 'wechat'.  Allahuakhbar, andai sahaja mereka semua ini menuntut pahala aku oleh kerana keegoan aku untuk menegur mereka menjadi asbab
mereka masih lalai mengenai agama Engkau, itu semua sebab aku tak mampu 'mentarbiyah' mereka

Aku pengecut :'(
Ada jer kawan aku yang mahu berubah tetapi banyak orang pandang serong
Takde sape nak pimpin diorang, diorang macam 'budak kecil' baru belajar untuk berdiri atas kaki sendiri. Andai saja aku mampu, walau dengan ilmu yang segantang.

Aku mahu mereka bersama aku menjadi selayaknya gelaran 'fisabillillah'
Ya, mereka mungkin dulunya sering mengikut aku kadang terbentuknya asabiah *berpuak-puak*

Jenis yang suka bersosial bagi kami, mereka tidak dapat dibentuk lagi :(
Padahal aku lupa yang mereka juga mempunyai fitrah seperti aku.

AKU SELALU CARI APA YANG KOSONG DALAM DIRI AKU
Termasuk sahabat aku yang lain.  Ada yang berkapel, ada yang berebutkan perhatian manusia, dan macam-macam lagi alternatif nak lari dari 'fakta rasa kosong' itu

Alhamdullilah, mungkin aku diberi banyak peluang untuk mendekati mereka yang tidak bersamaan 'attitude' aku.  Tapi Allah masih jaga aku :') Aku tidak memilih untuk ikut siapa-siapa. Aku hanya kekal teguh dengan pendirian aku. Sebab aku percaya aku masih ada Allah dan aku tahu baik buruknya budaya abad ini.

Aku sedar aku masih kosong dengan ilmu agama

"Sebenarnya rasa kosong yang kita rasa tu bukan 'rasa kosong' Tapi rasa terbeban dengan dosa sebab tu setiap rasa kosong itu tidak menenangkan" -budak tomato-

No comments:

Post a Comment